Monday, January 23, 2012

muvee for today ! :)

hai KAWAN KAWAN . haha ! assalamualaikummm . hari ni hari isnin . merangkap holiday sbb hari ni perayaan chinese new year :) so , orang tak kerja la kan ? aku dudok rumah jer . melayan lappy :p haha . ni aku nak share ckit sal muvee yang aku tengok hari ni . haha . tak cukup dengan hujan kat luar rumah , plus lagi 'hujan' kat dalam rumah . HAHA . faham faham la ~ touching sangat muvee yang aku layan nihhh ~ sat naaaa . 

TADAAAAAAAAA ! :)



ni la cerita yang aku layan tadi . korang dah layan ? fes tu memang la agak memboringkan tapi dah sampai tahap klimaks tu , perghhh . LAYANNNN ~ tak tau la kalau aku ni emo semacam tengok muvee an ? hehe . tepuk dada tanya selera lahhh :p nih sinopsisss dia :)

Papa , I Love You mengisahkan tentang seorang ayah , BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggal nya , MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja . Baha bertemu dengan ELLY , seorang wanita yang sering emmbantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja . Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap .

Datuk Kudin , seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala -gala nya namun kerana sikapnya yang  lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anaknya , Elly . Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang . perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tidak sengaja ditimpa kemalangan . melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia , telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri , Datuk Kudin .

itu serba sikit sinopsis muvee nih . seriously THUMBS up ! :) so korang , enjoy this muvee ok ! :)

No comments:

Post a Comment

nak komen ckit boleh ? :)